1 Jan 2007
Setelah penjajah Tingkatan 2 menyerahkalah, PMR (Parti Membuat Revision) telah mengambil alih pentadbiran TanahTingkatan 3. Mereka menjalankan undang-undang sendiri dan menjatuhkan hukuman ke atas penduduk yang dianggap bersalah. Mereka juga merampas harta benda penduduk dan membakar kampung.
1 Feb 2007Pihak sekolah telah menubuhkan MU(Mengulangkaji Union) untuk mengatasiParti Membuat Revision. PendudukTingkatan 3 telah membuat penentangan yang pelbagai terhadap Mengulangkaji Union.
1 Mac 2007
Kongres pertama telah diadakan. Kongres bersetuju menubuhkan UMNO (UnitedMembanteras Nightstudy Organization) untuk menentang Mengulangkaji Union.
1 April 2007
Pihak sekolah bersetuju untukmembubarkan Mengulangkaji Union.Persekutuan Tingkatan Tiga yang dipimpin oleh Pesuruhjaya telah menggantikanMengulangkaji Union. Penubuhan ini adalah kejayaan penting pendudukTingkatan 3 mendapatkan semula kedudukan politik dan maruah mereka.
1 May 2007
Pihak PMR telah membunuh tiga orang peladang Eropah dan hal ini telah menggemparkan kerajaan Kementerian Pendidikan. Kesan pembunuhan ini,Pesuruhjaya Persekutuan telah mengisytiharkan darurat di seluruh TanahTingkatan 3.
1 June 2007
PMR dan parti-parti berhaluan kiri lain telah diharamkan. Langkah-langkah lain yang diambil untuk membanteras PMR adalah seperti Rancangan Hisham danPerang Muddin.
1 July 2007
Pihak PMR dan pihak sekolah telah mengadakan satu rundingan. Namun,rundingan ini telah gagal kerana pihak enggan mengiktiraf PMR sebagai parti politik yang sah.
1 Aug 2007
Pihak Kementerian Pendidikan bersetuju untuk memberi kemerdekaan kepada TanahTingkatan 3 sekiranya semua pendudukdapat mewujudkan perpaduan. CLC (CounterLatihan Committee) telah ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan.
1 Sept 2007
Rombongan Merdeka telah ditubuhkan.Rombongan ini dianggotai oleh semuapenduduk Tingkatan 3. Tujuan rombongan ini adalah untuk berunding dengan Kementerian Pendidikan untuk mencapai kemerdekaan.
1 Oct 2007
Rombongan Merdeka bertolak ke Dewan Peperikasaan. Setelah menandatangani satu perjanjian yang mengandungi beberapa subjek seperti Geografi,Sejarah, Science dan Mathematics, tarikh merdeka telah ditentukan iaitu 5 Oct2007.
5 Oct 2007
Tipu muslihat yang digunakan oleh guru untuk memaksa pelajar membuat kerja rumah tidak akan berguna lagi.
Penjajahan Kementerian Pendidikan ditamatkan, bendera sekolah (Study Jack)diturunkan, kemerdekaan telah dicapai,Parti Membuat Revision (PMR) dibubarkan,darurat telah ditamatkan
Semua tingkatan 3 berkumpul di tapak perhimpunan, setelah Pemasyhuran Merdeka dibaca, wakil penduduk telah memimpin penduduk Tingkatan 3 melaung MERDEKA sebanyak 7 kali.
Pemasyhuran ini bermakna kita tidak lagi dijajah atau dikuasai oleh pihak penjajah.
* biarlah kita berganding bahu berjuang untuk Perang PMR .
selamat berjaya. *
daripada winter <3>
No comments:
Post a Comment